Monday, May 10, 2010

APABILA BAHAN PEMBELAJARAN DIJADIKAN TEMA CERPEN

Alhamdulillah! Cerpen kedua saya untuk tahun ini berjudul 'Hantu Orang' tersiar di Majalah Tunas Cipta Edisi Mei 2010. Intipati cerpen ini saya ambil daripada Perayaan Hantu Lapar yang disambut oleh kaum Cina di Malaysia. Saya mendapat inspirasi daripada tajuk yang menjadi kerja khusus saya bagi subjek Hubungan Etnik di universiti. Sedikit terkilan kerana cerpen ini lambat tersiar setelah disiapkan pada tahun 2008 dan saya terpaksa menghantar ke merata media cetak sebelum berjaya dinoktahkan di Tunas Cipta. Terima kasih diucapkan kepada pihak editor Majalah Tunas Cipta kerana memilih karya ini. Tidak lupa juga kepada pendorong saya, Abang Saifullizan Yahya dan sahabat saya di MPR 2007, Aidil Khalid yang banyak memberi tunjuk ajar. Insya Allah, saya akan cuba menghasilkan karya lain pula selepas ini.

6 comments:

Aidil Khalid said...

Tahniah! Aku tak beli lagi majalah TC Mei, baru beli Dewan Sastera je. Hari tu carik di kedai mamak dekat rumah, tapi tak ada. Nanti aku cari tempat lain pula.

Kau di Kedah ke sekarang?

Hafizul said...

Terima kasih! Aku ada lagi kat Kuala Lumpur. Lambat sikit balik Kedah. Cuba kau tengok kat DBP.. Banyak lagi...

Jamilah Mohd Norddin said...

Tahniah, hafizul.. terus berkarya...

Hafizul Osman said...

Terima kasih kepada Jamilah... Teruskan berkarya juga...

iffahidayati said...

tahniah hafizul.em,nak tanya,ada alamat emel editor tc x?

Hafizul Osman said...

Terima kasih dayat.. awk bleh hantar kepada emel arruslan@dbp.gov.my
Encik Ruslan yang menjadi editor baru.