Saturday, April 16, 2011

NOVEL SULUNG DI PBAKL 2011



Novel pertama saya akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC tidak lama lagi. Ini merupakan novel sains fiksyen saya hasil keluaran JS Adiwarna, anak syarikat Jemari Seni yang menguruskan karya-karya sastera kanak-kanak dan awal remaja. Novel ini diangkat daripada cerpen saya yang pernah tersiar di majalah Dewan Kosmik Edisi April 2008 dengan tajuk yang sama, Misi 2050.

Silalah mengunjugi booth Jemari Seni semasa PBAKL nanti di Dewan Tun Hussein Onn dan saya akan berada di sana untuk sesi atuograf pada:

Tarikh : 30 April 2011
Masa : 2.00 ptg - 6.00 ptg

Untuk membaca sinopsis cerita, anda boleh layari laman sesawang Jemari Seni, www.jemariseni.com

4 comments:

jamilah said...

Tahniah Hafizul.

Yang ketiga setelah Aidil dan Kak Eja.. :)

Sudah ada anak sulung, maka akan lahirlah nanti anak-anak seterusnya..

Hafizul Osman said...

Terima kasih Jamilah! Kami pun menunggu novel awak juga...

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Jambangan tahniah juga buat abg Hafizul, terbaik la!

Proud with u :))

Hafizul Osman said...

Terima kasin ina...Awak pun teruskanlah menulis...