Monday, August 25, 2008

RAMADHAN SEMAKIN MENJELMA

Lusa mengundi. Harga minyak dah pun turun walaupun tak banyak. Sukan Olimpik pun dah habis. Musim bola sepak Inggeris dah kembali semula. Ahad depan sambut merdeka. Esoknya puasa. Eh, dah puasa! Cepat betul dah puasa. Setahun berlalu, akhirnya Ramadhan kembali semula. Peluang untuk meningkatkan ibadah hadir semula. Apa azam baru kita? 'Nak puasa penuh bagi cukup sebulan? 'Nak kurangkan belanja masa bulan puasa dengan berbuka di masjid-masjid? Ataupun tak nak tinggalkan solat Terawikh seperti tahun lepas? Walau apapun nawaitu ataupun niatnya, kehadiran bulan Ramadhan itu tetap memberi pelbagai cerita kepada seluruh umat Islam yang menghayatinya.

Bulan Ramadhan berasal daripada perkataan Ramad yang bermaksud panas. Bulan Ramadhan bulan yang panas. Panas dari cuacanya ataupun iklimnya. Tapi, melihat kepada keadaan di Kuala Lumpur sehari dua ini, mungkin keadaan Ramad itu tidak akan terjadi kerana Kuala Lumpur dilimpahi hujan lebat sejak akhir-akhir ini. Namun, itu cuma ramalan kerana Allah itu Maha Besar. Diharapkan kedatangan bulan Ramadhan ini memberi rahmat kepada semua umat Islam dan perbanyakkanlah amalan agar tidak rugi di kemudian hari.

5 comments:

Anonymous said...

Selamat menyambut ramadan yang bakal menjelang.

Maaf, hari tu aku tak dapat balas sms kau, sebab aku takde kredit. Hehe.

Wan Nor Azriq said...

Kedah menang lagi pijon :) hang pergi stadium tak?

Aku tengah buat eksperimen di blog aku.Kalau ada masa,datanglah berikan pendapat.

Jamilah Mohd Norddin said...

Kedah dah bolot tiga kemenangan tahun ni, sana seperti tahun lepas.. Walaupun tak minat bola, semangat kekedahan tetap ada... "Kedah pantang kalah, walau jatuh dan rebah."

Anonymous said...

owh terima kasih kerana memberi komen. Kedah memang hebat dgn double triple kemenangannya. Harap tanpa pemain import kedah mampu bertahan lagi untuk semusim. Biar jasa jadi kenangan

Anonymous said...

salam syawal dari bumi Dublin, Ireland.. jemput2lah singgah ke blog hamba.. :)