Tuesday, December 22, 2009

3 CERPEN UNTUK TAHUN 2009

Tahun 2009 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa hari lagi. Pelbagai cerita pahit dan manis telah kita ditempuhi sepanjang tahun yang mencabar ini. Dalam dunia sastera, banyak akitviti dan peristiwa telah mewarnai dunia ini yang semakin pesat membangun menuju ke era baru. Diharapkan tahun 2010 bakal memberikan sinar baru terutamanya kepada dunia sastera Melayu yang sudah mula mendapat di hati rakyat Malaysia.
Di pihak saya pula, tidak banyak yang dapat diperkatakan untuk sumbangan saya dalam merancakkan perjalanan lapangan ini. Hanya 3 karya yang tersiar sepanjang tahun dan ketiga-tiganya tersiar pada 6 bulan pertama tahun 2009. Berikut adalah senarai karya saya yang tersiar untuk tahun 2009:

1) Cerpen Angin Damai Mecindia – Majalah Tunas Cipta Edisi Februari 2009
2) Cerpen Hak vs Batil – Akhbar Berita Harian Bertarikh 21 Mac 2009
3) Cerpen Alif dan Spiderman - Majalah E@siswa Edisi Jun 2009

Walaupun tidak banyak, tapi saya sudah mencapai sasaran saya untuk melebihi kuantiti 2 karya yang tersiar seperti yang lakukan pada tahun 2008. Azam saya pada tahun 2010 adalah untuk mencapai sasaran 5 karya tersiar di dalam apa jua media cetak dan elektronik. Kejayaan karya saya menembusi akhbar Berita Harian pada tahun 2009 cukup membanggakan kerana ini merupakan kali pertama saya berbuat demikian. Akhir kata, selamat tahun baru 2010.

3 comments:

Jamilah Mohd Norddin said...

salam, tahniah hafizul.. Teruskan malangkah dalam dunia penulisan. sekarang berjalan, tahun depan berlari pula.

Hafizul Osman said...

Terima kasih kepada jamilah! Insya allah sama-samalah kita bergerak ke hadapan demi memajukan dunia sastera. Selamat tahun Baru 2010

Mrs Javanese said...

Pijon... tercapai tak sasaran hang? 2010 dah nak habis ni?